Khamis, 6 Jun 2013

Payakumbuh - Salu Lagi Destinasi Pelancongan

Tidak lengkap rasanya percutian anda ke Padang dan Bukittinggi sekiranya tidak berkunjung ke Payakumbuh. Payakumbuh kaya dengan keindahan alam semulajadinya. Di antara tempat menarik untuk dilawati di Payakumbuh ialah Lembah Harau, Gua Ngalau Indah dan Kolam Renang Ngalau Indah.

Lembah Harau terkenal dengan pemandangan tebing bukitnya yang tinggi dan deruan air terjunnya. Ramai pelancong Barat gemar bercuti di Lembah Harau atas faktor 'nature'nya. Tidak jauh dari Lembah Harau juga terdapat sebuah gua yang mempunyai bentuk batu-batu yang unik di dalamnya. Pelancong boleh masuk ke dalam gua tersebut dan berpeluang melihat sendiri keindahan ciptaan Tuhan.

Di sebelah pintu masuk menghala ke gua Ngalau Indah, terdapat satu kawasan swimming pool sesuai untuk mandi manda bagi kanak-kanak. Di Malaysia, kawasan mandi manda itu lebih dikenali sebagai taman tema air atau 'water park'. Sekiranya anak anda ingin mencuba aktiviti air di Bukittinggi, mungkin kolam renang di Ngalau Indah ini boleh menjadi salah satu destinasi pelancongan anda semasa berada di Bukittinggi.

Basikal gergasi di pekan Payakumbuh

Keindahan tebing bukit Lembah Harau

Air terjun Lembah Harau

Parking depan air terjun

Banyak anak-anak pokok sebegini dijual di depan air terjun

Pandu arah di Lembah Harau. Bayaran masuk rp5,000 seorang

Pintu masuk ke dalam gua Ngalau Indah

Gua Ngalau Indah

Papan tanda di gua Ngalau Indah

Tangga mendaki untuk masuk ke dalam gua

Gerai-gerai di kawasan parkir Ngalau Indah

Jalan mendaki bukit untuk sampai ke gua Ngalau Indah

Entrance Ngalau Indah. Bayaran masuk rp5,000 seorang

Water park Ngalau Indah

Pintu gerbang di jalan masuk ke payakumbuh


NOTA : UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER SEBUAH VAN MPV DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA (NANDA) DI TALIAN 0062 853 6454 3611 (ATAU +62 853 6454 3611) / 0062 853 7574 4501 (ATAU +62 853 7574 4501)

Rabu, 5 Jun 2013

Contoh Percutian 4 Hari 3 Malam

Andaikan anda merancang untuk bercuti ke Padang Bukittinggi selama 4 hari 3 malam, tetapi tidak tahu ke mana hendak pergi dan bagaimana jadual perjalanan yang terbaik. Di sini, saya ingin memberi satu contoh tentatif program percutian selama 4 hari 3 malam di Padang dan Bukittinggi. Ini hanya sebagai satu cadangan, dan boleh diubah-ubah mengikut keselesaan anda.

Hari Pertama

  • Andaikan anda mengambil flight petang. Anda dijangka sampai di Bandara International Minangkabau (BIM) Airport jam 2pm. (sebenarnya waktu Malaysia ialah pukul 3pm)
  • Terus menuju ke Bukittinggi melalui beberapa destinasi pelancongan. Pertama, anda boleh singgah sebentar di Lembah Anai, sebuah air terjun di tepi jalan.
  • Kemudian, singgah di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang.
  • Setelah itu, singgah merasai sate minang di Rumah Makan Sate Mak Syukur. Atau pun, merasai hidangan nasi padang di Rumah Makan Pak Datuk.
  • Selesai menjamu selera, singgah pula di kedai-kedai Pandai Sikek, pusat jualan tenunan kain sulam dan ukiran kayu.
  • Kemudian, bergerak ke Bukittinggi dan check in hotel.
  • Sebelah malam, bolehlah bersiar-siar di sekitar kota Bukittinggi seperti ke Jam Gadang dan Ramayana Shopping Complex.
  • Makan malam juga di sekitar kota Bukittinggi. Mungkin anda boleh cuba keenakan murtabak mesir atau bakso dan ais teler.

Lembah Anai

Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau

Jam Gadang Bukittinggi


Hari Kedua

  • Sebelah pagi, sarapan biasanya disediakan oleh pihak hotel tempat anda menginap.
  • Selesai sarapan, bolehlah berangkat menggunakan van pelancong ke Istana Besar Pagaruyung. Dalam perjalanan, singgah di perusahaan kopi dan pisang salai Kiniko. Cubalah rasa kopi buatan orang tempatan.
  • Seterusnya, singgah di Rumah Makan Pondok Flora untuk makan tengahari.
  • Selesai menjamu selera, bergerak ke destinasi utama iaitu Istana Besar Pagaruyung, satu lagi rumah gadang di Bukittinggi.
  • Patah balik ke kota Bukittinggi untuk ke Lubang Jepang dan Great Wall of Koto Gadang.
  • Sebelah malam, jika ingin ke fastfood restaurant, bolehlah makan malam di KFC atau Pizza Hut. Atau pun menu nasi padang di Rumah Makan Simpang Raya atau Rumah Makan Gon Raya.

Perusahaan kopi Kiniko

Istana Besar Pagaruyung

Janjang Koto Padang


Hari Ketiga

  • Sarapan pagi di hotel. Selesai sarapan, anda dicadangkan untuk check out hotel sebelum menuju ke destinasi  yang seterusnya.
  • Di Bukittinggi, singgah dahulu di rumah kelahiran Bung Hatta, timbalan presiden pertama Indonesia.
  • Menuju ke kelok 44 menuruni bukit untuk ke Danau Maninjau.
  • Sebaik sampai di Danau Maninjau, terus ke destinasi utama iaitu rumah kelahiran Buya Hamka, seorang ulama terkenal di nusantara ini.
  • Kemudian, makan tengahari di Rumah Makan Batu Lembut.
  • Sekiranya ada masa dan ingin pusing-pusing sekitar Danau Maninjau, bolehlah menyewa bot sekitar 30 minit.
  • Patah balik ke kota Bukittinggi untuk shopping di Pasar Atas, Pasar Teleng dan Pasar Bawah.
  • Selepas shopping, terus menuju ke Padang dan check in hotel di Padang. Makan malam di Rumah Makan Lamun Ombak.

Rumah Kelahiran Buya Hamka

Danau Maninjau

Shopping kain sulam di Pasar Atas


Hari Keempat

  • Andaikan anda mengambil flight petang untuk balik ke Malaysia.
  • Sarapan pagi di hotel. Selesai sarapan, terus check out hotel.
  • Destinasi yang sempat dilawati sebelum ke airport ialah Muzium Padang dan Jambatan Siti Nurbaya.
  • Mungkin juga boleh singgah di kedai yang menjual keripik balado sebagai ole-ole dari Padang.
  • Bergerak ke airport kerana anda perlu berada di airport selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari.
Muzium Padang

Ole-ole dari Padang - kripik balado


NOTA : UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER SEBUAH VAN MPV DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA (NANDA) DI TALIAN 0062 853 6454 3611 (ATAU +62 853 6454 3611) / 0062 853 7574 4501 (ATAU +62 853 7574 4501)

Restoran Di Bukittinggi

Risau tak lalu makan makanan orang minangkabau? Jangan risau. Anda ada pilihan restoran sekiranya nasi padang yang menggunakan kaedah lauk berhidang tidak anda gemari. Di sini, saya letakkan gambar-gambar restoran dan rumah makan yang terdapat di Bukittinggi. Tentunya ada yang menepati selera anda.

Jangan tak tau, KFC pun ada di Bukittinggi. Lokasi berhampiran dengan Jam Gadang.

Sebelah KFC, ada Pizza Hut, macam kat Malaysia.

Di dalam shopping complex Ramayana ini ada juga fastfood restaurant iaitu Texas Chicken.

Rumah Makan Simpang Raya - di antara restoran yang banyak cawangan di Bukittinggi. Lokasi restoran ini berhampiran dengan Jam Gadang. Menawarkan menu nasi padang. Semua lauk akan dihidang tanpa diminta, tetapi hanya di charge mana-mana lauk yang disentuk sahaja. Hampir semua rumah makan tempatan menggunakan kaedah seperti ini.

Rumah makan Gon Raya Lamo. Juga sebuah restoran nasi padang yang terkenal di Bukittinggi.

Kedai kuih (dan restoran) Budiman. Happening juga malam-malam di sini. Boleh order masakan panas.

Kalau nak makan budget dan tidak mahu style nasi padang, anda boleh cuba makan di gerai-gerai nasi kapau. Cara hidangnya sama seperti nasi campur di Malaysia.


NOTA : UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER SEBUAH VAN MPV DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA (NANDA) DI TALIAN 0062 853 6454 3611 (ATAU +62 853 6454 3611) / 0062 853 7574 4501 (ATAU +62 853 7574 4501)

Selasa, 4 Jun 2013

Tempat Menarik Di Bukittinggi

Bagi pelancong yang ingin bersiar-siar di kawasan sekitar Bukittinggi tetapi tidak mahu menggunakan van pelancong, mereka bolehlah berjalan kaki atau menaiki bendi (kereta kuda) atau menaiki angkut iaitu sejenis pengangkutan awam seperti bas mini. Tambang yang dikenakan sekiranya menggunakan bendi atau kereta kuda ialah sekitar rp15,000 hingga rp25,000. Manakala, sekiranya anda menggunakan angkut, tambangnya mengikut jarak destinasi di antara rp2,000 hingga rp5,000.

Apa yang menarik di Bukittinggi? Bagi orang perempuan tentunya shopping kain sulam dan telekung di Pasar Atas dan Pasar Bawah atau pun di Pasar Aur Kuning (pasar pemborong). Bagi orang lelaki, shopping mungkin perkara kedua atau ketiga jika berkunjung ke Bukittinggi. Alternatifnya, ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bukittinggi. Di antaranya ialah Jam Gadang, Janjang 40, Janjang Koto Gadang, Lubang Jepang (Jepun), Taman Marga Satwa & Budaya Kinantan (kebun binatang - zoo) Muzium Rumah Gadang (dalam zoo), Jambatan Limpapeh, Museum Tri Daya Eka Darma (Muzium Tentera), Benteng Fort De Kock, Monumen Bung Hatta dan Rumah Kelahiran Bung Hatta.

Bendi - kereta kuda yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di Bukittinggi

Benteng Fort De Kock didirikan oleh Kapten Bouer pada tahun 1825 pada masa Baron Hendrik Markus De Kock menjadi komandan Der Troepen dan Timbalan Gabernor Jenderal Hindia Belanda, kerana itulah benteng ini terkenal dengan nama Benteng Fort De Kock

Jam Gadang adalah landmark kota Bukittinggi, Indonesia. Simbol khas Sumatera Barat ini juga memiliki cerita dan keunikan kerana usianya yang sudah puluhan tahun. Jam Gadang dibina pada tahun 1926 oleh arkitek Yazin dan Sutan Gigi Ameh.

Sebagai penghubung antara Taman Marga Satwa dan Budaya Kinantan dengan Benteng Fort De Kock, maka terdapat sebuah jambatan yang bernama Jembatan Limpapeh yang mempunyai atap berbentuk gonjong khas rumah adat MinangKabau. Jambatan ini melintangi Jalan A. Yani dan dari sini kita dapat menyaksikan keindahan alam Bukittinggi dan kesibukan Jalan A. Yani.

Janjang 40 dibina pada tahun 1908 yang pada awalnya merupakan sebagai penghubung antara Pasar Atas dengan Pasar Bawah. Sekarang tangga ini telah menjadi salah satu destinasi pelancongan di Kota Bukittinggi.

Janjang Koto Gadang baru dibuka kepada umum pada awal tahun 2013. Tangga yang merentasi Ngarai Sianok ini memiliki 315 anak tangga dan mirip tembok besar Cina.

Kain sulam antara produk yang terkenal di Bukittinggi, terutama bagi kaum wanita

Lubang Jepang sebenarnya lebih sesuai dipanggil sebagai terowong Jepun bagi orang Malaysia. Dibina pada tahun 1942 untuk kepentingan pertahanan tentera Jepun dalam PD II dan perang Asia Timur Raya (Dai Tora Senso) atas perintah kerajaan Angkatan Tentera Darat Jepun (Tentara Kedua Puluh Lima) untuk Sumatera berkedudukan di Bukittinggi dengan Komandan Tentera Pertahanan Sumatera Jend. Watanabe.

Monumen Bung Hatta, Timbalan Presiden pertama Indonesia, sekaligus menjadi orang minangkabau yang pertama menduduki jawatan kedua tertinggi di Indonesia.

Rumah kelahiran Bung Hatta di Bukittinggi.

Berhadapan dengan Taman Panorama terdapat sebuah muzium yang bernama Museum Tri Daya Eka Darma. Muzium ini merupakan salah satu peninggalan sejarah untuk tatapan generasi muda. Di muzium ini kita dapat melihat peninggalan sejarah seperti pesawat, senjata serta gambar perjuangan sewaktu menentang penjajah Belanda dan Jepun.

Ngarai Sianok merupakan suatu lembah yang indah, hijau dan subur. Didasarnya mengalir sebuah anak sungai yang berliku-liku menelusuri celah-celah tebing dengan latar belakang Gunung Merapi dan Gunung Singgalang.

Pasar Atas, Bukittinggi

Pasar Bawah, Bukittinggi

Pasar Teleng, Bukittinggi

Suasana di sebuah pasar pagi di Bukittinggi

Plaza Bukittinggi adalah gedung membeli belah pertama di kota Bukittinggi. Mall ini terletak bersebelahan dengan Jam Gadang dan The Hills Hotel Bukittinggi serta berhampiran dengan Pasar Atas. Di mall ini, terdapat Ramayana Department Store bagi memenuhi keperluan masyarakat Bukittinggi dan sekitarnya.


NOTA : UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER SEBUAH VAN MPV DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA (NANDA) DI TALIAN 0062 853 6454 3611 (ATAU +62 853 6454 3611) / 0062 853 7574 4501 (ATAU +62 853 7574 4501)