Selasa, 4 Jun 2013

Keindahan Tasik Di Ranah Minang

Terdapat tiga tasik yang terkenal di Padang Bukittinggi iaitu Danau Singkarak, Danau Maninjau dan Danau Atas Danau Bawah. Untuk makluman, Danau Singkarak adalah tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba di Medan. Di Danau Singkarak, anda boleh melihat keindahan tasik dengan menaiki bot kayu selama lebih kurang 30 minit. Tidak lengkap sekiranya anda tidak membeli ikan bilis di pasar Omilin yang terletak di pekan Singkarak.

Danau Maninjau pula, anda boleh melihat keindahan alam semulajadi dan penternakan ikan dalam sangkar yang terletak di tepi tasik tersebut. Tidak lengkap kunjungan anda ke Danau Maninjau sekiranya tidak membuat lawatan ke rumah kelahiran ulama nusantara yang terkenal iaitu Buya Hamka. Anda juga akan merasai 44 kelok jalan semasa menuruni bukit ke lembah Maninjau. Tentunya mencabar!

Sekiranya anda ingin melihat pemandangan seluruh Danau Maninjau dari jarak jauh, anda bolehlah berkunjung ke Embun Pagi atau Puncak Lawang. Dari puncak bukit tersebut, keindahan Danau Maninjau dapat dinikmati oleh para pelancong.

Ada satu lagi tasik yang terletak di kawasan tanah tinggi yang boleh anda kunjungi iaitu Danau Atas dan Danau Bawah. Sebenarnya tasik ini adalah tasik yang sama, cuma dipisahkan oleh bukit yang menjadikan ia seperti wujud dua tasik di atas pergunungan itu. Semasa mendaki bukit menuju ke tasik tersebut, anda akan melalui ladang teh seperti di Cameron Highland (Malaysia) dan gerai-gerai yang menjual buah markisa. Semestinya anda patut membeli sekarung dua buah markisa ini yang jarang-jarang diperolehi di Malaysia. Cuba rasa, sedap tak?

Danau Singkarak

Pasar Omilin

Danau Maninjau

Kelok 44

Rumah Kelahiran Buya Hamka

Puncak Lawang

Danau Atas

Danau Bawah

Ladang Teh

Buah Markisa


NOTA : UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER SEBUAH VAN MPV DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA (NANDA) DI TALIAN 0062 853 6454 3611 (ATAU +62 853 6454 3611) / 0062 853 7574 4501 (ATAU +62 853 7574 4501)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan