Assalamualaikum wbt.
Sebagai pembuka kata, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Agus Rananda. Tapi, saya lebih suka jika panggil saya dengan nama Nanda saja. Saya berasal dari Bukittinggi, Indonesia. Saya seorang Islam dan telah mengikuti kelas pesantren semasa di tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Setelah itu, saya terus bekerja sebagai pemandu. Mula-mula, menjadi pemandu van syarikat Unilevel, pemandu van kilang roti, kemudian bawa lori, dan terbaru bekerja membawa van angkutan kota (seperti bas mini di Malaysia). Sekarang, saya bekerja sebagai pemandu van pelancong di sekitar Padang-Bukittinggi.
Saya membuat blog ini untuk memperkenalkan kawasan pelancongan yang terdapat di Sumatera Barat, atau lebih khusus di ranah Minangkabau iaitu Padang dan Bukittinggi. Saya juga bersedia menjadi pemandu pelancong kepada mereka yang berminat untuk membuat lawatan ke Padang dan Bukittinggi, terutamanya pelancong-pelancong dari Malaysia. Saya bekerja di bawah sebuah syarikat pengangkutan pelancongan yang memiliki beberapa buah bas dan van. Jangan khuatir, berapa pun bilangan rombongan pelancongan anda, insya Allah saya boleh uruskan.
Di blog ini juga saya akan perkenalkan beberapa produk pelancongan yang terdapat di Sumatera Barat ini. Di antara tempat menarik yang boleh anda lawati ialah Pantai Malin Kundang (Si Tanggang), Jambatan Siti Nurbaya, Singkarak (tasik kedua terbesar di Sumatera), Lembah Anai (air terjun), Rumah Gadang Padang Panjang (rumah minangkabau), Istana Besar Pagaruyung, Jam Gadang (clock tower), Rumah Buya Hamka (di tasik Maninjau), Lubang Jepun dan Janjang Koto Gadang (macam tembok besar Cina).
Selain itu, anda juga boleh jalan-jalan cari makan di sini. Di antara makanan yang mesti anda cuba ialah nasi padang, sate minang, buah markisa, buah salak, jus pokat, bika, murtabak mesir, kopi sumatera, nasi kapau, es teler (macam ABC), kerepek sanjai (ubi), keropok kili-kili (pun diperbuat daripada ubi, bentuk no. 8), dan pisang salai. Ada juga menu exotic yang mungkin tidak pernah anda jumpa di Malaysia tetapi boleh anda rasa di sini. Contohnya, belut goreng, rendang itik, ikan limbek dan gulai jangek (kulit lembu). Tentunya halal.
Bukittinggi juga terkenal dengan 'syurga' shopping buat orang perempuan. Barang-barang yang terkenal di sini, antaranya ialah kain sulam, telekung, kain batik, lukisan minyak dan barang cenderamata. Tempat shopping yang biasa dikunjungi pelancong ialah Pasar Atas, Pasar Bawah, Pasar Aur dan tempat-tempat sulaman yang terkenal seperti di Pandai Sikek.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan saya, bolehlah terus menghubungi saya di talian 0062 853 6454 3611 (atau +62 853 6454 3611) / 0062 853 7574 4501 (atau +62 853 7574 4501). Sekiranya saya tidak mengangkat telefon, sila tinggalkan pesanan dengan menghantar sms. Maaf, saya kurang arif menggunakan media sosial dan email untuk tujuan ini. Saya lebih selesa sekiranya anda berurusan terus dengan saya melalui telefon.
Akhir kata, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan puan ke negeri kami di ranah minangkabau ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sekian.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan saya, bolehlah terus menghubungi saya di talian 0062 853 6454 3611 (atau +62 853 6454 3611) / 0062 853 7574 4501 (atau +62 853 7574 4501). Sekiranya saya tidak mengangkat telefon, sila tinggalkan pesanan dengan menghantar sms. Maaf, saya kurang arif menggunakan media sosial dan email untuk tujuan ini. Saya lebih selesa sekiranya anda berurusan terus dengan saya melalui telefon.
Contoh van MPV yang saya gunakan untuk membawa pelancong
Akhir kata, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan puan ke negeri kami di ranah minangkabau ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sekian.
Saya akan ke sana dengan air asia kl padang sampai 8 pagi 8 Jun . balik semula kl 11 jun 13.55.. email saya. Peerjalanan akan ke bukit tinggi. Kalau tuan ada pakej transport dan laiin laian sila mesej saya.
BalasPadam5 dewasa 1 kanak-kanak. 2 keluarga.
email abu.sapian@gmail.com
wassap +60139226676
Assalamualaikum Nanda....
BalasPadamSaya akan ke BukitTinggi Padang pd 19 singga 22 Mac 2017. Mohon Nanda sediakan pakej 4 Hari 3 Malam disana?
Saya perlukan :
1)bas parawisata untuk 28 orang
2)pakej melancong di BukitTinggi & Padang
3)pakej makan tengahari dan malam
17 orang Dewasa & 11 orang Kanak-kanak
email saya : uamrsofea85@gmail.com
+60199395787
Assalamualaikum, nanda saya akan ke padang pagi khamis ini tarikh 25.1.18 kemudian kekrinchi rumah ibu saya,
BalasPadamKami 3 orang, ini no whatsapp saya +60136501072 ain