Selasa, 4 Jun 2013

Bandara International Minangkabau (BIM) Airport


Sekiranya anda ingin melancong ke Padang dan Bukittinggi, laluan terbaik ialah dengan menggunakan pengangkutan udara iaitu kapal terbang. Pelancong-pelancong dari Malaysia boleh menggunakan penerbangan Air Asia dari LCCT ke Padang. Setahu saya, terdapat dua trip penerbangan Air Asia iaitu flight pagi, bertolak dari LCCT jam 7.55 pagi dan flight petang, bertolak dari LCCT jam 1.25 petang. Masa perjalanan adalah 1 jam. Namun, perlu diingat bahawa terdapat perbezaan waktu di antara Malaysia dan Indonesia, iaitu di Indonesia, lewat sejam berbanding waktu Malaysia.

Di dalam kapal terbang, anda perlulah mengisi dua borang yang boleh didapati dari pramugari, iaitu borang 'Departure Card' dan Borang Pengisytiharan Barang. Borang 'Departure Card' mempunyai dua bahagian, dan isikan kedua-dua bahagian. Bahagian keratan kecil borang itu hendaklah disimpan bersama-sama passport dan akan diminta oleh pegawai imigresen Indonesia semasa hendak balik ke Malaysia.

Lapangan terbang di Padang biasanya dipanggil 'BIM' sebagai singkatan nama sebenarnya iaitu Bandara International Minangkabau Airport. Sebaik sampai di airport, anda perlu beratur untuk pemeriksaan imigresen. Mereka akan memeriksa passport, tiket Air Asia dan pengesahan cap jari (semua jari) beserta 'capture' gambar muka. Oleh itu, dinasihatkan agar pelancong dari Malaysia dapat bersedia dengan keperluan-keperluan tersebut.

Seterusnya, semasa anda membawa keluar beg-beg anda, pastikan semua beg bagasi yang dilekatkan sticker adalah sama dengan sticker kecil yang diberikan oleh kaunter bagasi di LCCT. Ini kerana, pemeriksaan akan dibuat sebelum anda dapat keluar dari airport.

Setelah anda keluar dari airport, terdapat ramai pemandu van MPV yang akan menawarkan pengangkutan ke Padang dan Bukittinggi. Sekiranya anda tidak membuat apa-apa tempahan sebelumnya, anda bolehlah berurusan dengan mereka untuk mendapatkan khidmat pengangkutan ke destinasi anda.

Ada dua jenis khidmat pengangkutan yang boleh diminta, iaitu sama ada secara carter (sewa sebuah van) dengan harga lingkungan rp350,000 hingga rp450,000; atau pun sebagai penumpang biasa yang memerlukan anda duduk bersama-sama pelancong lain dalam sebuah van MPV. Melalui cara ini, anda dicaj dalam lingkungan rp35,000 hingga rp45,000 untuk ke Bukittinggi. Walau bagaimana pun, perjalanan menggunakan cara kedua ini tidak membolehkan anda meminta pemandu berhenti di lokasi pelancongan antara Padang dan Bukittinggi.

Begitulah serba sedikit info yang boleh saya berikan untuk kali ini. Sekian.

NOTA : UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER SEBUAH VAN MPV DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA (NANDA) DI TALIAN 0062 853 6454 3611 (ATAU +62 853 6454 3611) / 0062 853 7574 4501 (ATAU +62 853 7574 4501)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan